CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, April 16, 2011

Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 1-6

Huraian sukatan pelajaran Matematik Tahun 1 hingga Tahun 6 yang tepat dan sahih melalui laman web kementerian pelajaran. Untuk mengetahuinya, sila klik pautan ini.. 


http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

Friday, April 8, 2011

Monday, April 4, 2011

..:Falsafah Pendidikan Kebangsaan:..

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

✿ Masa dan Waktu Tahun 1✿


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia adik-adik..

Adik-adik, apakah aktiviti yang adik-adik lakukan hari ini? Bilakah waktu adik-adik lakukannya?

Ha, untuk tahu apa dan bila, Jom semak gambar di bawah...


Pagi

7.00 pagi
  
Bangun tidur

Selepas bangun tidur,

8.00 pagi

Belajar di sekolah
Adik-adik, waktu pagi telah berlalu, jom kita bergerak ke waktu tengahari pula.

Tengahari
1.00 tengahari

Makan tengahari

Selepas waktu tengahari, waktu petang mengambil tempat.


Petang

5.00 petang

Bermain bola


 Setelah penat bermain bola di waktu petang, malam pun menjelma. Jom lihat apakah aktiviti yang dilakukan pada waktu malam.
Malam

9.00 malam

Membuat kerja sekolah

10.00 malam

Tidur
 Nampaknya, kita sudah tahu apakah aktiviti seharian yang telah adik-adik lakukan dan bilakah waktunya. Tahniah buat adik-adik!


Jom main game waktu dengan klik link di bawah:

http://www.softschools.com/time/tellingtime.jsp


  



Nampaknya adik-adik sudah tahu mengenai waktu, tetapi bagaimana pula dengan hari? Adakah-adik-adik tahu? Kalau nak tahu, jom belajar mengenai hari pula.

1 minggu = 7 hari

hari-harinya ialah:

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

Ahad


Sekarang, adik-adik sudah tahu hari-hari yang adik-adik lalui dalam 1 minggu. Ingin belajarnya dalam Bahasa Inggeris pula? Mari lihat dan tontoni video yang sangat menarik ini.





Hai adik-adik, bertemu lagi kita pada kali ini. Setelah belajar topik waktu dan hari, jom kita belajar tentang bulan pula.
Di atas ini merupakan gambar kalendar. Kalendar menempatkan tarikh dan bulan. Jadi, jom kita belajar bulan-bulan yang ada bagi setahun.


Bulan 1 - Januari


Bulan 2 - Februari


Bulan 3 - Mac

  
Bulan 4 - April

Bulan 5 - Mei


Bulan 6 - Jun

Bulan 7 - Julai


Bulan 8 - Ogos

Bulan 9 - September


Bulan 10 - Oktober

Bulan 11 - November


Bulan 12 - Disember



Sekarang, adik-adik sudah mengetahui bulan-bulan yang ada dalam setahun. 
Ingin belajar dalam Bahasa Inggeris? Jom tonton video ini.


Jom buat latihan pula adik-adik..
Klik dibawah..
http://www.manythings.org/vocabulary/games/b/words.php?f=months

 

✿ Masa dan Waktu Tahun 5 ✿


MEI MEI BANGUN TIDUR PADA 06 30 JAM




MEI MEI PERGI KE SEKOLAH PADA 07 15 JAM



MEI MEI BERMAIN BADMINTON PADA 17 00 JAM



MEI MEI MENYIAPKAN KERJA SEKOLAH PADA 20 00 JAM



✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿~✿





PERHATIKAN GARIS MASA DI BAWAH:








MARI KITA LIHAT CONTOH DI BAWAH:



















Jikal dan keluarganya makan malam pada 1945 jam. Tukarkan masa ini kepada sistem 12 jam.








Billy bermain bola sepak di padang pada 1730 jam. Apakah masanya dalam sistem 12 jam?




Pak Ali menoreh getah pada pukul 6:24am. Tukarkan waktu ini kepada sistem 24 jam.





Minah dan rakan-rakannya pergi membeli belah pada pukul 4:45pm. Apakah waktunya dalam sistem 24 jam?



1.    7:45pm
2.    6:30pm
3.    0624 jam
4.    1645 jam


Welcome