CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, March 27, 2011

KONSEP TOLAK

Hye semua=)
Perasan tak selalunya kat sekolah operasi tolak akan di ajar selepas operasi tambah kan?
Nak tahu tak kenapa..^__^(hehe)
Ini kerana operasi tambah melibatkan penggabungan atau penyatuan 2 objek, sedangkan operasi tolak pula berkait dengan pengasingan atau pengurangan sesuatu  set objek kepada set-set kecil.
Dalam erti kata lain, operasi tolak merupakan proses menterbalikkan operasi tambah.
Ramai murid menghadapi masalah ketika belajar operasi tolak kerana operasi tolak terdapat 4 konsep yang berbeza iaitu ;-
-       Pengasingan atau mengambil keluar
-       Perbandingan
-       Pelengkap
-       Penyekatan
Konsep Pengasingan atau mengambil keluar
-       Bermula dengan satu objek, kemudian satu subset dikeluarkan dari objek berkenaan.
Contoh:
 Di dalam sarang burung terdapat 5 ekor anak burung. Sebanyak seekor anak burung telah terbang. Berapa ekor anak burungkah yang masih terdapat di dalam sarang?
Konsep perbandingan
Dua set objek yang berasingan. Set objek pertama disusun semula dan dipadankan dengan set objek kedua. Objek yang tiada padanan dikira sebagai baki atau beza.
Contoh :
Terdapat 3 ikan di dalam kolam dan seorang pemancing sedang memancing ikan. Berapakah bilangan ikan lebih dari pemancing?
 
Konsep pelengkap
Bermula dengan 1 set objek. Kemudian fikirkan berapa objek lagi perlu ditambah untuk melengkapkan set keseluruhan.
Contoh :
Saya ada 8 ekor kuda di dalam sebuah kandang yang boleh memuatan 12 ekor kuda. Berapa ekor kudakah yang boleh saya masukkan lagi ke dalam kandang itu?
 
Konsep penyekatan
Dalam konsep ini ahli sesuatu set objek perlu diubahsuai kedudukannya untuk menepati sesuatu syarat.
Contoh :
Terdapat 5 buah kereta di sebuah tempat letak kereta. 2 buah kereta berwarna hitam dan yang lain berwarna putih. Berapa buah keretakah yang berwarna putih?


0 comments:

Post a Comment

Welcome