CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, March 27, 2011

JOM BELAJAR TOLAK LAGI^_^

Assalamualaikum dan salam ceritera hisab=)

Post yang lepas kita da belajar konsep-konsep yang ada dalam penolakan, jadi kali ni kita lakukan beberapa aktiviti daripada konsep-konsep yang kita dah belajar.
Cikgu-cikgu juga boleh gunakan aktiviti ini semasa mengajar atau perkenalkan konsep tolak mengikut kesesuaian silibus~



Aktiviti 1 :

KONSEP PERBANDINGAN

1. Kemukakan soalan berikut

Ali ada 8 batang pensel. Bakar ada 5 batang pensel.
Ali ade berapa batang pensel lebih dari bakar?

2. Murid diminta menyediakan satu kumpulan 8 batang pensel dan satu kumpulan 5 batang pensel

3. Mereka dikehendaki membandingkan kedua-dua kumpulan pensel itu dengan cara memadankan satu 
dengan satu.

4. Tanyakan soalan:

- Siapa yang mempunyai pensel lebih banyak?(ali)
- Berapa batang penselkah yang lebih?(ali ade 3 lebih dari bakar)
- Bagaimana kamu mendapat 3?(8-5 =3)
- Apakah bezanya bilangan pensel yang dipunyai oleh ali dan bakar?
(beza bilangan pensel yang dipunyai oleh ali dan bakar ialah 3.

5. Catatkan pada papan tulis ayat matematik
                     8 – 5 = 3


6. Ulang dengan situasi yang sesuai.






KONSEP PELENGKAP

1. Kemukakan soalan

salmah ingin melekatkan setem pada sehelai kad yang boleh memuatkan 10 keping setem. Jika salmah mempunyai 6 keping setem, kira jumlah setem yang perlu dikumpulnya supaya kad itu penuh.

2. Bombing murid tulis ayat matematik
                 6 + ____ = 10


3. Pamerkan situasi dengan benda konkrit. Contohnya gunakan 10 buah blok 

4. Murid kira 6 blok kemudian asingkan blok yang lebih.

5. Kemudian kira jumlah blok yang lebih tadi . ianya 4

6. Bombing murid melihat bahawa prose situ sebenarnya adalah penolakan.

7. Keluarkan blok kayu yang asal dan tunjukkan bagaimana penolakan dapat dikaitkan dengan penambahan

                                         6 + ____ = 10 10 – 6 = ____



0 comments:

Post a Comment

Welcome