Huraian Sukatan Pelajaran Matematik
Tahun 3
Membaca & Mencatat Masa....(^_^)
JOM KENAL DIRI SAYA.. (*_*)
Kawan-kawan tahu nama saya??
Saya ialah sebuah jam..Saya selalu digantung di dinding..Jadi nama
saya ialah jam dinding..
Setiap orang mesti memiliki diri saya kerana saya boleh
menunjukkan masa..Masa itu penting,,jadi saya sangat penting untuk
anda semua..hehe(>_<).. Kawan-kawan tahu tak macam mana
hendak baca diri saya..JOM tengok di bawah ni..
Inilah wajah saya..
Saya ada 3 jenis tangan ( jarum):
* tangan saya yang paling panjang ialah:
*tangan saya yang paling pendek ialah:
* tangan saya yang panjang dan nipis ialah: Cara-cara membaca jam: waktu pertama waktu kedua waktu ketiga |
Membaca Jadual Waktu & Kalendar (^_^)
SUATU PAGI YANG MENYEDIHKAN…HUHU!!! (>_<)
Encik Ahmad berasa sangat sedih kerana dia telah ketinggalan bas. Dia
sepatutnya melihat jadual perjalanan bas tersebut.
sepatutnya melihat jadual perjalanan bas tersebut.
Jadual Perjalanan Bas:
*Bas tersebut meninggalkan Kerinchi pada jam 10.00 pagi.
*Bas itu bergerak ke Bangsar dalam masa 25 minit kemudian dan tiba di Bangsar pada jam 10.25 pagi.
*Bas tersebut melalui KL Sentral pada jam 10.45 pagi.
*Akhirnya, bas itu tiba di Masjid Jamek pada jam 11.30 pagi.
MEMBACA KALENDAR (^_^)
Inilah diri saya..Nama saya calendar..Saya berguna untuk menunjukkan tarikh-
tarikh yang penting seperti tarikh lahir, tarikh hari merdeka, tarikh hari
guru,dan macam-macam lagi..
tarikh yang penting seperti tarikh lahir, tarikh hari merdeka, tarikh hari
guru,dan macam-macam lagi..
Pada diri saya terdapat 12 bulan..lihat jadual di bawah ini:
TARIKH-TARIKH PENTING :
16 MEI – HARI GURU
1 MEI- HARI BURUH
31 OGOS- HARI MERDEKA
16 SEPTEMBER-HARI MALAYSIA
HUBUNGAN ANTARA UNIT MASA ( ^_^)
Hubungan antara minit dan saat..(*_*)
Hubungan antara minggu dan hari..(*_*)
Terdapat 7 hari dalam seminggu iaitu hari:-
*Ahad
*Isnin
*Selasa
*Rabu
*Khamis
*Jumaat
* Sabtu
Hubungan antara tahun dan bulan(*_*)
PENAMBAHAN, PENOLAKAN, PENDARABAN,
&
PEMBAHAGIAN ( MASA)...(^_^)
**PENYELESAIAN MASALAH MELIBATKAN MASA**
Suatu pagi di rumah Adam & Lina… (*_*)
Sebelum ke sekolah Adam mengambil masa 15 minit untuk mandi..
Lina mengambil masa selama 20 untuk memakai baju sekolah..
Mereka akan bersarapan selama 10 minit..
ð Berapa lamakah masa yang diambil oleh Adam untuk bersiap sebelum
ke sekolah???
Setelah adik-adik belajar tentang topik masa dan waktu,
Sekarang adik-adik boleh cuba untuk menjawab soalan di
bawah ini….
*SOALAN 1*
Nur Amina mahu pergi ke Putrajaya. Dia mengambil masa
selama 25 minit untuk tiba di Kajang. Dari Kajang ke Putrajaya,
dia memerlukan 30 minit. Berapa lama masa yang diambil
olehnya untuk memandu kereta dan tiba di Putrajaya???
selama 25 minit untuk tiba di Kajang. Dari Kajang ke Putrajaya,
dia memerlukan 30 minit. Berapa lama masa yang diambil
olehnya untuk memandu kereta dan tiba di Putrajaya???
* SOALAN 2*
Anis mengambil masa selama 4 jam untuk berbasikal dari Kuala
Lumpur ke Melaka. Aina pula mengambil masa 7 jam untuk
berbasikal dalam jarak yang sama. Berapakah perbezaan tempoh
masa antara Anis dan Aina?
* SOALAN 3*
Seorang tukang kayu mengambil masa selama 45 minit untuk
menyiapkan sebuah kerusi,dan 1jam 15 minit untuk menyiapkan
sebuah meja. Berapa lamakah masa yang diperlukan oleh tukang
kayu itu untuk menyiapkan 8 buah kerusi dan 5 buah meja???
* SOALAN 4*
Sekumpulan murid mengambil masa selama 15 jam untuk
membuat 3 mural. Berapa lamakah masa yang diambil oleh
murid tersebut untuk menyiapkan sebuah mural???
JOM SEMAK JAWAPAN :
1. 55 minit
2. 3 jam
3. 12 jam 15 minit
4. 5 jam
1 comments:
* Berapa lamakah masa yang diambil oleh Adam dan Lina untuk bersiap sebelum ke sekolah???
Post a Comment